Video

Video : Penyusuan Ibu Adalah Tanggungjawab Bersama

Breastfeeding is everyone’s business | Jenn Anderson | TEDxBrookings

Berikut adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Komuniti yang membangun adalah dibina berdasarkan keluarga yang kuat and tenaga kerja yang hebat.

Penyusuan ibu menggalakkan kedua-duanya. Penyusuan ibu membina keluarga yang kuat dengan memberikan anak-anak mereka permulaan kehidupan yang lebih sihat, mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan kuman.

Ia membantu ibu-ibu menjadi lebih sihat, di mana penyusuan ibu itu mempunyai risiko yang kurang terhadap depressi selepas bersalin (Postpartum Depression), mengurangkan risiko kanser payudara dan rahim, dan juga ianya membantu menyokong pertalian perhubungan dikalangan ahli keluarga dari segi emosi dan psikologi.

Penyusuan ibu juga menggalakkan tenga kerja yang kuat dengan cara mengurangkan ketidakhadiran kerja dikalangan pekerja untuk menjaga anak-anak yang jatuh sakit, serta meningkatkan kesedaran moral dan mengurangkan penggantian pekerja. Oleh yang demikian, penyusuan ibu itu sangat memanfaatkan komuniti.

Oleh itu, sudah tiba masanya komuniti pula perlu menyokong penyusuan ibu. Seban itulah aku di sini ingin menyampaikan tentang hal penyusuan ibu pada hari ini. Menjadikan bandar ini kepada mesra penyusuan ibu.

Aku bersungguh-sungguh dalam menjadikan bandar aku ini di Amerika Syarikat untuk menjadi bandar mesra penyusuan ibu.

Tetapi, apakah langkah-langkah yang perlu diambil dalam menjayakan suatu bandar yang mesra penyusuan ibu.

Baiklah, kita seharusnya memberikan sokongan kepada ibu-ibu bermula dari saat mereka melahirkan bayi mereka sehinggalah mereka sambung bekerja, dan juga tidak kira di mana mereka berada di komuniti kita ini seperti sewaktu membeli-belah, makan dan apa jua aktiviti sekalipun.

Jadi, mari kita bercakap tentang saat pertama bayi dilahirkan. Ia adalah sangat penting untuk menyokong penyusuan ibu ketika itu dan aku tahu itu sewaktu bayiku Winter dilahirkan, awal dua bulan, ya awal dua bulan. Ia merupakan kelahiran kecemasan dan aku pun tak sedar pada waktu itu. Bayiku diambil dariku dengan segera dalam masa satu jam untuk diletakkan di dalam ICU (unit kecemasan).

Aku tak dapat pun berjumpa dengan bayiku selama 4 hari tetapi jururawat dan doula (pembantu selepas bersalin) tahu yang aku ingin menyusukan bayiku dan aku yakin, bayiku juga begitu.

Jadi, mereka membantu aku dengan mengepam susuku sebelum aku begitu kuat untuk memegang pam susu itu sendiri. Ada satu jururawat di sebelah aku dan doula di sebelah lagi satu dan mereka memegang pam susu di mana salah seorang daripada mereka memegang telefon bimbitku yang memaparkan gambar bayiku. Itu adalah saat kali pertama aku melihat bayiku menerusi gambar di telefon dan aku mengepam susu disebabkan oleh bantuan mereka dan aku sangat gembira untuk mengatakan bahawa aku sudah mula berjaya menyusui anakku di mana kamu semua boleh lihat aku masih menyusui anakku dengan jayanya sehingga 7 bulan setengah kemudian.

Aku tahu aku tidak akan mampu untuk menyusui anakku tanpa bantuan dan sokongan mereka.

Ibu-ibu sangat memerlukan bantuan sokongan tersebut sejurus selepas bersalin untuk memulakan penyusuan ibu dengan jayanya. Kita juga tahu bahawa ibu-ibu kembali bekerja dan itulah tempat di mana mereka memerlukan sokongan tersebut.

Kita tak boleh berhenti begitu sahaja apabila kita kembali bekerja. Ibu-ibu ini memerlukan suatu akses kepada masa dan ruang untuk mereka mengempam susu dan aku di sini bukan bercakap tentang ruang seperti tandas berbau yang sangat menjijikkan.

Aku telah bercakap dengan ramai wanita di mana di pejabat, mereka bertanya dengan bos mereka, “hei, boleh tak aku nak masa dan ruang untuk mengepam susu” dan bos mereka menjawab, “boleh, pergilah pam susu di sana (tandas)”. Menjijikkan bukan?

Mereka ini mengepam susu ibu di dalam tandas. Tunggu, mari aku ulangi semula, mereka menyediakan makanan yang paling berkhasiat untuk bayi mereka di dalam tandas.

Kita semua boleh buat yang lebih baik daripada itu bukan. Kita boleh buat yang lebih baik daripada itu. Dan, ada juga sesetengah perniagaan (pejabat) yang telah buat sesuatu yang lebih baik dari itu.

Mereka (majikan) menyediakan suatu tempat khas yang dipanggil “bilik ibu-ibu” dan tempat ini adalah tempat privasi dan ini adalah bahagian yang sangat penting.

Aku juga ada bercakap dengan ramai ibu-ibu di mana mereka ada tempat untuk mengepam susu di tempat kerja mereka. Mungkin ia adalah di pejabat aku ataupun orang lain dan sewaktu sedang mengepam susu, aku dapat sebuah ketukan di pintu “oh hei, kau dah baca tak repot dari…oh okay korang tengah pam susu”, dan biar aku katakan di sini, jika kamu diganggu ketika mengepam susu, ianya mengganggu keseluruhan proses mengepam susu tersebut.

Jadi, kamu memerlukan suatu tempat yang privasi. Tempat itu juga haruslah selesa. Kamu memerlukan suatu tempat yang mempunyai peti ais untuk menyimpan susu tersebut dan sinki yang berdekatan untuk membolehkan kamu membasuh peralatan pam susu tersebut.

Dan ingin aku katakan di sini, terdapat juga satu perniagaan (pejabat) di komuniti aku yang membuat begitu. Mereka menyediakan bilik ibu-ibu. Untuk pengetahuan semua, ia adalah sangat popular. Tentu ada keperluan sehinggakan mereka menyediakan suatu sistem penjadualan elektronik hanya untuk memastikan semua orang yang memerlukan bilik ini mempunyai akses.

Apabila syarikat perniagaan (pejabat) lain di komuniti aku mendengar tentang perkara ini, mereka mula mengambil langkah dalam menjadi mesra penyusuan ibu juga.

dan aku mendengar daripada seorang rakan di mana suaminya pulang ke rumah dan berkata, “kau dengar tak, mereka menyediakan suatu bilik pam susu kat tempat kerja”.

Seorang lagi lelaki yang bekerja dengan lelaki tersebut sangat teruja apabila aku datang melawat dan berkata “kau tau tak mereka buat bilik pam susu”. “Ya, aku dengar tentang itu. Mereka menyediakan suatu ruang fizikal supaya wanita-wanita yang ingin menyediakan nutrisi yang optimum kepada anak-anak mereka agar mempunyai tempat untuk menjalankan tugas fungsi biologi tersebut. Fungsi kitaran. Ya, aku dengar tentang itu. Mereka menyediakan tempat pam susu ibu.”

Mereka menyediakan suatu tempat khas untuk ibu-ibu mengepam susu tetapi bukan itu sahaja, kita memerlukan suatu komuniti yang menyokong penyusuan ibu.

Ibu-ibu perlu tahu yang ia adalah selamat untuk menyusui bayi-bayi mereka pada bila-bila masa sewaktu mereka lapar, dan wanita-wanita sebenarnya tidak berasa sedemikian.

Aku ada bercakap dengan kebanyakan ibu-ibu di mana mereka selesa menyusui anak mereka di tempat awam tetapi aku tak pasti, adakah orang lain selesa tentang perkara ini. Aku tak tahu jika terdapat orang yang rasa terancam. Aku tak tahu jika mereka berasa geli.

Ada seorang lelaki bertanya kepada aku, jika aku menyusui anakku di dalam restoran, adakah ianya bersih? Maksud aku, apa kata kalau kau sedang menyusui di sebelah aku dan aku membalas, aku tahu, apa kata kalau aku tengah makan di sebelah kau. Sedih bukan.

Ada seorang ibu sedang ke pasar raya dan dia sedang menyusui anak lelaki beliau, dan ada seorang pelanggan lalu kepada ibu itu dan berkata, “kau taukan ini bukan kelab bogel”. Saat seperti ini adalah yang membuatkan ibu-ibu berasa yang ia tidak patut untuk menyusui anak mereka apabila perlu, bila diperlukan.

Jadi, sebagai satu komuniti, kita boleh menjadi komuniti yang menyokong penyusuan ibu. Bukan hanya di hospital, bukan hanya di tempat kerja, tetapi juga di tempat-tempat penyembahan, di taman dan juga di kedai-kedai.

Sebenarnya, terdapat sesetengah tempat di komuniti aku yang sudah menyediakan suatu keadaan yang menyambut perasaan ibu-ibu yang menyusu. Keadaan yang menyokong penyusuan ibu. Tempat-tempat ini sangat menggalakkan wanita-wanita menyusui anak mereka pada bila-bila masa di dalam premis perniagaan mereka dan ada juga yang menyediakan tempat (ruang) separuh-privasi di mana ibu-ibu boleh menyusui anak mereka ataupun mahu menenangkan anak-anak mereka. Menyusui mereka bila-bila masa sahaja di ruangan yang sedikit privasi.

Kita boleh buat bandar ini menyokong penyusuan ibu dan kita jadi yang pertama di Amerika Syarikat untuk menjadi bandar yang mesra penyusuan ibu, di sini di Brookings tetapi ianya boleh berlaku di mana sahaja, dan sudah tentu kita semua mesti terlibat.

Aku ingin berterima kasih kerana menyokong aku untuk menyusu anakku di sini pada hari ini. Kita boleh membawa budaya ini ke komuniti kita.

Kita boleh mulakan di hospital dengan memberikan sokongan kepada ibu-ibu di saat mulanya, membantu mereka untuk menyusui anak mereka secara terus di peringkat awal.

Kita boleh menyokong dengan cara menyediakan tempat untuk penyusuan ibu di tempat kerja, berikan mereka masa dan ruang supaya mereka dapat menyediakan makanan untuk bayi-bayi mereka.

Kita boleh berbuat demikian di dalam komuniti kita, di premis perniagaan kita, dan di taman-taman serta di tempat penyembahan. Kita boleh jadi yang menyokong selain daripada membuat komen-komen yang menyindir atau memberikan pandangan yang kurang baik. Kita boleh jadi yang pergi ke arah ibu yang sedang menyusu dan berkata “aku bangga dengan kau. Aku bangga untuk mempunyai orang seperti kau di dalam komuniti kita”, “aku sangat bangga kau menjadikan komuniti ini kuat dengan memberikan makanan yang terbaik kepada anak-anak”.

Marilah bersama aku, dalam menjadikan bandar ini dan bandar-bandar lain di serata dunia untuk menyokong penyusuan ibu. Terima kasih.

Leave a comment