Praktikal

Apa Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Menyusui Bayi

Berikut adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Sumber : Are There Foods to Avoid While Breastfeeding

Apakah Makanan Yang Harus Dielakkan Sewaktu Menyusui Anak

Penulis : Ashlee Neuman, Editor Senior

Tertanya-tanya Tentang Apakah Makanan Yang Tidak Patut di Makan Sewaktu Menyusui Anak? Ini ialah informasi bagi apa yang selamat dan apa yang tidak selamat untuk dimakan ketika menyusui anak.

  • Selama sembilan bulan, kamu berhati-hati dalam mengelakkan daging beku segera, sosej, dan keju yang tidak disteril (dan kesemua makanan yang tidak mesra hamil) untuk memastikan bayi selamat dan sihat. Sudah pasti, sekarang bayi anda sudah dilahirkan, naluri untuk melindungi bayi anda adalah lebih tinggi – jadi ia adalah normal untuk memastikan bahawa apakah makanan yang perlu dielakkan sewaktu menyusui anak anda. Secara amnya, molekul daripada makanan yang kamu makan akan dipindahkan ke susu ibu dan seterusnya kepada sistem bayi. Tetapi, ini adalah satu berita baik dimana : Sebenarnya tiada satu senarai makanan yang perlu dielakkan sewaktu penyusuan ibu.
  • “Sebenarnya tiada satu pun makanan yang setiap ibu yang menyusui anak mereka perlu elakkan sepenuhnya. Ibu-ibu boleh memakan makanan yang mereka makan seperti biasa”, kata Lindsey Shipley, Jururawat Berdaftar, Pengajar Kelahiran Bayi, IBCLC – pelatih penyusuan ibu yang diiktiraf dan juga pengasas Lactation Link, suatu sumber online tentang pembelajaran penyusuan ibu. “Kesederhanaan adalah sangat penting di sini, sepertimana yang lain di dalam hidup anda. Diet yang seimbang adalah penting untuk membantu kedua-dua kamu dan bayi dalam keadaan yang baik.”
  • Sepertimana tiada satu senarai khusus tentang makanan yang harus dielakkan ketika menyusui anak sepenuhnya, terdapat makanan yang kamu harus kurangkan pengambilannya sewaktu menyusui anak untuk memastikan penghasilan susu meningkat dan memastikan bayi gembira dan sihat. Baca seperti di bawah ini tentang makanan yang harus dihadkan pengambilannya sewaktu menyusui anak dan berapa banyak makanan tersebut selamat diambil.

MAKANAN YANG MESTI DIHADKAN PENGAMBILANNYA SEWAKTU MENYUSUI ANAK

Ibu yang menyusui anak tidak perlu stress terlalu banyak tentang makanan yang tidak boleh dimakan sewaktu menyusui anak – tetapi ia adalah penting untuk mengambil tahu tentang makanan yang diambil secara berlebihan, boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi dan juga penghasilan susu anda. Berikut adalah senarai makanan yang harus dielakkan sebahagian daripadanya ketika menyusui anak, dan kenapa.

ALKOHOL

  • Selepas sembilan bulan tidak minum alkohol, kamu mesti mahu minum alkohol seperti bersantai menikmati ‘beer’, segelas ‘wine’ – dan ia adalah sebenarnya boleh. Tetapi, harus diingatkan bahawa, alkohol boleh dipindahkan kepada sistem bayi melalui susu ibu. “Kamu boleh mengambil alkohol, tetapi hadkan pengambilan tersebut. Jika kamu berasa mabuk untuk memandu atau berjalan atau bertindak seperti biasa, kamu tidak patut menyusui anak kamu”, kata Andre Syms-Brown, IBCLC, pelatih penyusuan ibu yang berdaftar.
  • “Mengepam dan membuang tidak mendatangkan kesan apa-apa : Ianya menghapuskan susu tetapi tahap kandungan alkohol di dalam darah anda adalah masih tinggi.” Jika kamu sedar bahawa kandungan alkohol berlebihan, tunggu sehingga alkohol tersebut dibersihkan daripada badan anda sebelum kamu menyusui anak. Sehingga darah kamu bebas alkohol, begitu juga susu kamu.
  • Sudah tentu, berapa banyak alkohol yang membuatkan kamu separuh mabuk – dan berapa lama kamu perlu tunggu sebelum kamu sedar sepenuhnya – berbeza dengan orang lain. Tetapi secara amnya, ia adalah selamat untuk menyusui anak selepas kamu mempunyai satu minuman mengandungi alkohol seperti (5 oz alkohol jenis ‘wine’, satu kali minuman alkohol, atau 12 oz alkohol jenis ‘beer’), mengikut American Academy of Pediatrics (AAP). Jika kamu boleh, sasarkan minum minuman beralkohol sejurus selepas satu sesi penyusuan, dan tunggu sehingga dua ke tiga jam sebelum sesi penyusuan yang berikutnya. Jadi, badan kamu mempunyai masa untuk bebas alkohol. Kamu juga boleh merancang untuk mengepam sebelum meminum alkohol supaya kamu mempunyai susu ibu yang diekspres (dikeluarkan) bersama kamu.

KAFEIN

  • Jika kamu perlukan suatu kesegaran selepas kerap berjaga malam di mana kamu meluangkan masa bersama bayi, ini adalah berita baik : Penyusuan ibu dan kopi tidak mempunyai suatu terma yang bercanggah. Pengambilan kafein adalah dibenarkan ketika menyusui anak di dalam dos yang sederhana. Jadi, nikmatilah kopi anda di waktu pagi, teh di waktu tengah hari ataupun minuman soda sekali-sekala.
  • Selagi mana kamu menghadkan pengambilan kafein kamu, dengan tidak lebih daripada tiga cawan minuman berkafein dalam satu hari, Syms-Brown berkata, kamu dan bayi kamu baik-baik sahaja. Tetapi di mana makanan yang mengandungi kafein adalah tidak semestinya sesuatu yang perlu dielakkan ketika menyusui anak, ia adalah satu idea yang bagus untuk menikmati kopi atau teh tersebut setelah habis satu sesi penyusuan. Sepertimana alkohol, kafein juga berpindah ke dalam saluran darah dan juga susu ibu, jadi dengan pengambilan terlalu banyak kafein, boleh membuatkan bayi (lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir) tidak boleh bertenang. Dengan cara itu, sewaktu menunggu tempoh sesi penyusuan yang seterusnya, kafein tersebut sudah bebas daripada sistem anda.
  • Apabila tiba di saat menikmati coklat dan penyusuan ibu, kamu tidak perlu risau. “Coklat mengandungi kuantiti kafein yang sangat rendah, jadi kamu perlu berasa selesa dalam menikmati satu bar coklat anda”, kata Tamara Hawkins, FNP, jururawat berdaftar, IBCLC, presiden Persatuan Konsultan Penyusuan Ibu.

IKAN

  • Secara amnya, ikan mengandungi sebahagian merkuri, ia adalah suatu pencemar yang biasa dikenali sebagai ‘neurotoxin’, bermakna ia boleh memberi kesan kepada otak bayi. Tetapi, selalunya, kelebihan memakan ikan kepada kesihatan (tinggi kandungan protein, rendah lemak) mengatasi risiko tersebut. Kebanyakan ikan, sebenarnya, mengandungi sedikit kandungan sisa merkuri. Namun, terdapat pengecualian – dan ikan tersebut adalah dilabel sebagai makanan yang perlu dielakkan sewaktu penyusuan ibu mengikut AAP – adalah ikan jerung, ikan todak, ’tilefish’ dan juga ikan ‘king mackerel’. Kesemua jenis ikan ini adalah ikan pemangsa yang diketahui mempunyai kandungan paling tinggi merkuri, jadi hapuskan makanan seperti ini di dalam diet penyusuan ibu. Sebaliknya, selesakan diri kamu untuk memakan ikan dalam 12 oz (dalam dua hidangan) seminggu yang mengandungi kandungan merkuri yang lebih rendah, seperti udang, ikan salmon, ‘pollock’ dan juga ikan keli.

DAUN PUDINA, PARSLEY DAN SAGE

  • Ketiga-tiga herba ini adalah dikenali sebagai ‘antigalactagogues’, bermaksud di dalam dos yang berlebihan, boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. “Ia adalah benar, tetapi adakah kamu perlu memakan terlalu banyak ‘sage’ sehingga kamu perlu memakan sandwich ‘sage'”, Hawkins berkata. “Sandwich ayam belanda yang direncahkan dengan ‘sage’ atau secawan teh pudina tidak akan mengurangkan penghasilan susu ibu. Bagaimana pula dengan menyapu minyak pudina ketika urut? Mungkin, kerana minyak tersebut akan mengalir ke dalam saluran darah.” Jadi sekiranya kamu perasan penghasilan susu jatuh selepas memakan sejambak daun pudina, daun ‘parsley’ atau ‘sage’, ia adalah lebih baik kamu elakkan makan herba tersebut sewaktu menyusukan anak buat seketika.

MAKANAN YANG DIHADKAN SEWAKTU PENYUSUAN IBU : RASA YANG KUAT?

Kamu pasti pernah mendengar suatu khabar angin yang mengatakan rasa yang kuat – seperti bawang putih atau makanan pedas – adalah makanan yang perlu dielakkan sewaktu menyusukan anak, tetapi sebenarnya tidak ada peraturan yang sangat kuat tentang rasa yang kamu nikmati dalam makanan. Sebenarnya, pelbagai jenis rasa dalam makanan adalah bergantung kepada budaya pemakanan di tempat kamu. Terdapat tempat di dunia ini, ibu yang menyusukan anak mereka, memakan makanan yang banyak rasa bawang putih atau makanan yang pedas, dan bayi mereka baik-baik sahaja.

Lagipun, dengan mengenalkan bayi kepada rasa yang berbeza, akan membantu bayi lebih terbuka kepada perasa di kemudian hari. “Kajian menunjukkan bahawa, sedikit rasa yang dimakan oleh ibu yang menyusukan anak, hadir di dalam susu mereka dalam tempoh satu atau dua jam”, Shipley berkata. “Tetapi, ianya bukan mahu membuat bayi cerewet, ia adalah untuk memberi pengenalan kepada rasa makanan apabila mereka mula makan makanan pejal. Bayi-bayi akan lebih mudah menerima dan menikmati rasa makanan pejal apabila mereka diperkenalkan dengan pelbagai rasa melalui susu ibu tersebut.”

Berikut adalah garis panduan apabila mengambil makanan pedas dan makanan kuat rasa bawang putih ketika menyusui anak :

Makanan Pedas

  • Makanan pedas dan penyusuan ibu boleh menjadi suatu yang menyenangkan tanpa bermasalah, kata Hawkins. Tetapi ini adalah bergantung kepada budaya tradisi dan rutin harian ibu tersebut. “Jika kamu memakan makanan pedas sepanjang waktu kehamilan, bayi kamu akan lebih terbuka dengan rasa tersebut”, katanya. Untuk sesetengah bayi, makanan pedas tidak mengganggu mereka sepenuhnya. Tetapi pada sesetengah bayi, yang kurang biasa dengan makanan pedas, mereka pasti tidak menggemarinya. “Cuma tidak perlu mengambil makanan yang melampau-lampau pedasnya. Jika kamu mengambil makanan pedas dan bayi kamu bertindak dalam keadaan yang kurang menyenangkan, mungkin ia adalah penyebabnya.” Jika itu yang berlaku, kamu kurangkan pengambilan makanan pedas.

Bawang putih

  • Bawang putih akan hadir rasanya di dalam susu ibu dan sesetengah mengatakan bahawa rasa tersebut akan membuatkan bayi hilang selera. Tetapi apabila dilihat bawang putih dan penyusuan ibu, dan juga tindak balas bayi, ia juga bergantung kepada seberapa kerap ianya diperkenalkan kepada bayi. “Jika kamu adalah seorang yang sangat suka kepada rasa bawang putih, dan sangat selalu menikmatinya sewaktu hamil, bayi anda berpotensi untuk menggemarinya juga”, kata Syms-Brown. Lagipun, kajian menunjukkan bahawa, bayi yang tidak pernah diperkenalkan dengan rasa bawang putih sebenarnya menyusui dalam tempoh yang panjang, menjumpai bahawa penemuan rasa baru tersebut adalah sangat sedap.

MAKANAN YANG DIHADKAN SEWAKTU PENYUSUAN IBU : ALAHAN MAKANAN

Jika kamu mengalami masalah gas sewaktu hamil, doktor kamu pasti menyarankan agar kamu mengelakkan sesetengah makanan yang menjadi punca gas seperti kekacang, kobis bunga dan kobis. Jadi kebanyakan ibu yang menyusu secara logiknya akan bertanyakan tentang makanan yang menjadi punca bayi mengalami masalah angin. Tetapi sebenarnya, makanan yang membuatkan bayi berangin (kembung perut) adalah kerana mereka sensitif kepada makanan tersebut.

Apabila bayi yang menyusu menghidapi sensitif atau alahan kepada makanan, apajua molekul makanan yang dimakan oleh ibunya pasti akan melalui susu ibu dan membawa kepada sistem penghadaman bayi, di mana ia akan mengganggu perut bayi dan menyebabkan ketidakselesaan, Hawkins menjelaskan. Sudah tentu, sensitif kepada makanan adalah berlainan kepada setiap bayi, tetapi berikut adalah makanan yang sering menjadi punca tersebut :

  • tenusu
  • soya
  • gluten
  • telur
  • kacang dan pokok kekacang
  • citrus
  • ikan

Akan tetapi, kesemua makanan di atas adalah punca masalah tersebut, ibu-ibu tidak perlu mengelakkan makanan tersebut sewaktu menyusui anak – sekurang-kurangnya bukan mengelakkannya tanpa percubaan. “Cara yang terbaik untuk memastikan [jika bayi adalah sensitif], adalah dengan mengenalkan pelbagai jenis makanan kepada bayi”, Syms-Brown berkata. Jadi bagaimana kamu tahu jika bayi kamu mengalami sensitif terhadap sesuatu makanan? Bayi biasanya akan menunjukkan kesan dalam jangkamasa 12 ke 24 jam selepas makan, kata Syms-Brown, termasuk tanda seperti :

  • perut kembung
  • menangis dan kolik
  • cirit-birit
  • najis yang berdarah atau berlendir
  • kemerah-merahan (kulit)
  • eczema
  • muntah atau air liur yang berlebihan
  • hidung tersumbat, hidung berair, batuk atau suara serak
  • mempunyai masalah untuk tidur

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda di atas, ia adalah besar kemungkinan terdapat sejarah alahan di dalam keluarga”, kata Shipley. “Susu lembu adalah alahan yang sangat biasa kepada bayi dan ia merupakan punca masalah kepada bayi yang diberikan formula sewaktu hari-hari awal kelahiran mereka, kerana pengenalan kepada susu formula berasaskan susu lembu adalah sensitif kepada sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.”

Jika anda suspek bahawa bayi anda bertindak balas kepada sesuatu yang kamu makan, tindakan seterusnya adalah menghapuskan makanan tersebut sepenuhnya daripada diet anda untuk dua ke tiga minggu dan lihat jika ianya mempunyai perbezaan. Sebelum kamu menghapuskan makanan tersebut dalam diet kamu, ia adalah lebih baik untuk rujuk kepada doktor kanak-kanak untuk mengesahkan bayi yang tidak selesa adalah bukan disebabkan oleh sebab yang lain.

Akhir sekali, ingatlah bahawa : jika sesetengah makanan tersebut telah disahkan menjadi punca masalah kepada anak kamu, tiada suatu senarai yang khusus perlu dielakkan sewaktu menyusui bayi kamu. “Kami cuba membuatkan penyusuan ibu mudah di awal lagi, kerana ianya adalah sukar bagi ibu-ibu untuk menyusui bayi sebenarnya”, kata Hawkins. Jadi, daripada stress tentang makanan apakah yang perlu dielakkan ketika menyusui bayi, fokuslah kepada makanan yang kamu perlu makan iaitu : Makanan yang berwarna-warni, pelbagaikan diet dengan makanan yang penuh dan kaya dengan nutrisi.

Leave a comment