Teori

10 Fakta Penyusuan Ibu

Berikut adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

Sumber : 10 Facts On Breastfeeding

Penyusuan ibu adalah satu cara yang paling efektif bagi memastikan kesihatan dan kelangsungan hidup bayi.

  • Jika penyusuan ibu diukur di peringkat universal, anggaran berjumlah 820,000 bayi dapat diselamatkan setiap tahun. Secara global, hanya 40 peratus anak kecil berusia bawah 6 tahun disusui dengan susu ibu.

 

  • WHO menyarankan penyusuan ibu sebagai sumber nutrien kepada bayi dan anak kecil. Di sini, fakta berikut akan menyenaraikan kelebihan penyusuan ibu dan sokongan padu kepada kaum ibu dalam meningkatkan jumlah penyusuan ibu di seluruh dunia.

Fakta 1/10 : Penyusuan Ibu Adalah Sangat Penting Untuk 6 Bulan Pertama

WHO menyarankan agar :

  • Para ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa satu jam selepas kelahiran bayi;
  • Anak kecil diberikan hanya susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama kehidupan mereka untuk mencapai tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang optimum, sekaligus untuk membekalkan keperluan nutrisi mereka, di mana anak kecil ini dapat menerima nutrisi yang cukup dan selamat bersama makanan pelengkap, disertai penyusuan ibu juga.
  • Juga, penyusuan ibu perlu diteruskan sehingga usia mereka mencapai 2 tahun atau ke atas.

Fakta 2/10 : Penyusuan Ibu Melindungi Anak Kecil Daripada Menghidapi Penyakit Sedari Kecil

  • Susu ibu adalah makanan yang ideal kepada bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil. Ia memberikan anak kecil nutrisi yang mereka perlukan untuk perkembangan kesihatan mereka. Ia adalah selamat dan mengandungi antibodi yang membantu dalam melindungi anak kecil daripada penyakit yang mudah dijangkiti kepada anak kecil seperti diarea dan ‘pneumonia’, di mana dua jenis penyakit ini adalah penyebab utama kematian dikalangan anak-anak di seluruh dunia.
  • Susu ibu juga adalah sedia ada dan berpatutan, di mana ia memastikan anak-anak kecil ini mendapat nutrisi yang cukup.

Fakta 3/10 : Penyusuan Ibu Juga Bermanfaat Kepada Kaum Ibu

  • Penyusuan Ibu  Secara Eksklusif boleh dikaitkan dengan satu kaedah semulajadi (walaupun ia bukan yang dijamin selamat) untuk merancang keluarga. (98% perlindungan adalah dijamin bagi mencegah kehamilan 6 bulan selepas kelahiran). Ia juga mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari, serta Diabetes Jenis II dan depressi selepas kelahiran.

Fakta 4/10 : Penyusuan Ibu Mengandungi Manfaat Jangkamasa Panjang Untuk Kanak-Kanak

  • Selain daripada manfaat awal kepada kanak-kanak, penyusuan ibu juga menyumbang kepada kesihatan yang baik dalam kehidupan. Para remaja dan orang dewasa yang dahulunya disusui dengan susu ibu adalah kurang menjadi gemuk atau obesiti. Mereka kurang kemungkinan untuk menghidapi Diabetes Jenis II dan lebih baik dalam prestasi ujian intelektual.

Fakta 5/10 : Susu Formula Tidak Mengandungi Antibodi Yang Boleh Dijumpai Di Dalam Susu Ibu

  • Manfaat penyusuan ibu untuk jangkamasa panjang buat ibu dan anak mereka tidak boleh ditiru oleh susu formula. Apabila susu formula tidak disediakan secara betul, seperti risiko yang terkandung dalam penggunaan air yang tidak selamat, dan penggunaan barang yang tidak disterilkan ataupun potensi hadirnya bakteria di dalam serbuk formula tersebut. Malnutrisi boleh terjadi kesan daripada mencairkan kepekatan formula bagi “memanjangkan” sumber. Padahal, penyusuan ibu yang kerap dapat mengekalkan sumber susu ibu, jika formula digunakan tetapi menjadi tiada, untuk kembali kepada penyusuan ibu adalah satu kebarangkalian yang tidak akan berlaku kerana penggunaan formula telah memusnahkan penghasilan susu ibu.

Fakta 6/10 : Transmisi HIV Menerusi Penyusuan Ibu Boleh Dikurangkan Dengan Penggunaan Ubat

  • Seorang ibu yang dijangkiti HIV boleh memindahkan jangkitan tersebut kepada anaknya ketika mengandung, melahirkan dan menerusi penyusuan ibu.
  • Walaubagaimanapun, sejenis ubat antiretroviral (ARV) boleh diberikan kepada ibu atau bayi yang terdedah kepada HIV bagi mengurangkan risiko pemindahan jangkitan tersebut. Penyusuan ibu dan ubat antiretroviral (ARV) mengandungi potensi untuk memulihkan peluang bayi untuk hidup, sementara masih kekal tidak dijangkiti HIV.
  • WHO menyarankan apabila ibu-ibu yang dijangkiti HIV ketika menyusui anak mereka, mereka seharusnya menerima ubat antiretroviral (ARV) dan mematuhi tunjuk ajar WHO dalam menyusui bayi mereka.

Fakta 7/10 : Pemasaran Selain Susu Ibu Perlu Dipantau

  • Satu kod antarabangsa dalam memantau pemasaran penggantian susu ibu telah dipersetujui pada tahun 1981. Ia memanggil untuk :
  • Semua jenama dan informasi formula mestilah menyatakan manfaat penyusuan ibu dan risiko kesihatan terhadap bayi dalam penggunaan penggantian susu ibu;
  • Tidak mempromosikan penggantian susu ibu;
  • Tidak memberi sampel penggantian susu ibu kepada wanita hamil, ibu-ibu atau keluarga; dan
  • Tidak mengagihkan secara percuma atau subsidi penggantian susu ibu kepada staf-staf kesihatan mahupun hospital.

Fakta 8/10 : Sokongan Kepada Kaum Ibu Adalah Perlu

  • Penyusuan ibu mestilah dipelajari dan kebanyakan wanita menghadapi kepayahan di peringkat permulaan penyusuan. Banyak rutin dan amalan, seperti pemisahan antara ibu dan bayi, penggunaan nurseri bayi yang baru lahir, dan supplement dengan susu formula sebenarnya menyusahkan proses penyusuan ibu, buat para ibu dan bayi-bayi mereka.
  • Kemudahan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu sangat menghindari amalan-amalan tersebut dan memastikan konsultan penyusuan ibu yang terlatih ada untuk menggalakkan penyusuan ibu kepada kaum ibu yang baru sahaja melahirkan anak mereka.
  • Bagi menyokong penjagaan terhadap kaum ibu dan bayi mereka yang baru lahir, kebanyakan negara telah mengamalkan WHO-UNICEF Inisiatif Hospital Mesra Bayi, untuk mencapai kualiti penjagaan yang bermutu.

Fakta 9/10 : Kaum Ibu Seharusnya Meneruskan Penyusuan Ibu Di Tempat Kerja

  • Kebanyakan kaum ibu yang kembali bekerja mengabaikan penyusuan ibu secara separuh atau sepenuhnya disebabkan mereka tidak mempunyai cukup masa, atau tempat untuk menyusu, mengekspress dan menyimpan susu mereka. Kaum ibu memerlukan satu tempat yang selamat, bersih dan privasi di dalam atau berdekatan dengan tempat kerja mereka untuk meneruskan penyusuan ibu.
  • Penyediaan kondisi di tempat kerja seperti cuti bersalin berbayar, penyusunan perkerjaan separuh masa, nurseri di tempat kerja, kemudahan untuk mengekspress dan menyimpan susu ibu, dan waktu rehat untuk penyusuan ibu, boleh membantu dalam menyokong penyusuan ibu kepada kaum ibu.

Fakta 10/10 : Makanan Pejal Seharusnya Diberikan Di Peringkat Usia 6 Bulan

  • Untuk memastikan keperluan tumbesaran bayi pada usia 6 bulan, makanan pejal yang dilenyek seharusnya diperkenalkan kepada bayi sebagai makanan pelengkap disertai dengan penyusuan ibu.
  • Makanan untuk bayi boleh disediakan secara khas atau dimodifikasi melalui makanan keluarga. WHO mencatatkan bahawa :
  • Penyusuan ibu seharusnya tidak berkurangan apabila memulakan makanan pejal;
  • Makanan diberikan dengan sudu atau cawan, dan bukan melalui botol;
  • Makanan tersebut selamat dan bersih; serta
  • Masa yang munasabah adalah diperlukan untuk bayi belajar menerima makanan pejal.

Leave a comment